fbpx

5 badan industri vape rayu ‘GEG’ dikaji semula

KUALA LUMPUR – Lima badan industri vape hari ini memohon Rang Undang-Undang Kawalan Tembakau dan Merokok (RUU) yang dibentangkan beberapa hari lalu oleh Menteri Kesihatan diperincikan lagi dan polisi Generasi Penamat (GEG) dikaji semula kerana ia memberikan kesan yang teramat besar kepada industri.

Keputusan itu dicapai hasil daripada perbincangan bersama Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA), Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Malaysian Vapers Alliance (MVA), Malaysian Organization of Vape Entity (MOVE) yang mewakili pemain industri dan pengguna vape yang terdiri daripada lebih daripada 3,000 usahawan dan perniagaan vape Malaysia, 15,000 pekerja dalam industri serta 1 juta pengguna di Malaysia.

Datuk Adzwan Ab Manas, Presiden, Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA) berkata, “Dalam RUU tersebut, polisi GEG ke atas produk vape akan menyebabkan industri diharamkan pada masa akan datang. Ini bermakna industri tempatan akan terpaksa gulung tikar dalam masa depan dan banyak syarikat dan usahawan tempatan akan terkesan. Malah, industri juga tidak boleh menggaji sesiapa yang dilahirkan selepas 2007 kerana RUU tersebut melarang individu yang dilahirkan selepas 2007 untuk memiliki atau memegang produk dalam melaksanakan tugas pekerjaan. Ini memang akan membebankan industri mencari pekerja pada masa depan.”

Khairil Azizi Khairuddin Presiden, Malaysian Vapers Alliance (MVA) menambah, “RUU tidak patut menyamakan vape dan rokok dari segi tafsiran. Tafsiran ‘merokok’, ‘peranti merokok’, ‘bahan merokok’ perlu diperbetulkan untuk hanya produk rokok tembakau sahaja. Vape tidak patut diletakkan bersama dalam tafsiran ini dalam RUU kerana ia memberikan mesej yang salah kepada pengguna. Vape bukannya rokok dan penggunaan vape bukannya bermaksud merokok. Kementerian Kesihatan Malaysia tidak boleh mengabaikan fakta ini.”

Rizani Zakaria, Presiden, Malaysian Vape Industri Advocacy (MVIA) pula berkata, “Kalau RUU ini diluluskan, 800-1,000 akan kehilangan pekerjaan serta merta kerana RUU untuk vape adalah terlampau ketat. Ramai pekerja-pekerja di dalam industri termasuk produk reviewer, eksekutif kandungan kreatif, pereka grafik, eksekutif pemasaran, editor kreatif, editor video akan hilang pekerjaan kerana RUU ini mempunyai larangan aktiviti pemasaran yang sangat ekstrem.”

Ridhwan Rosli, Setiausaha Agung, Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) menyaran agar RUU tersebut diperincikan lagi, “Pihak industri sememangnya meyokong Kerajaan untuk mewujudkan kawal selia untuk industri ini. Tetapi RUU ini perlu diperbaiki dengan lebih terperinci kerana ia akan memberikan kesan yang teramat besar kepada industri dan pengguna di Malaysia.”

Samsul Kamal Ariffin Mohd Basir, Presiden, Malaysian Organization of Vape Entity (MOVE) juga mencadangkan agar RUU tersebut diteliti semula, “Kajian menyeluruh mengenai RUU dan pelaksanaan GEG ke atas produk alternatif seperti produk vape dan produk pemanasan tembakau serta kesannya ke atas industri perlu dibuat terlebih dahulu. Hasil kajian ini perlu dibentangkan kepada semua pihak terlibat sebelum keputusan dibuat.”

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles