fbpx

Lelaki dipukul selepas tegur remaja buang air kecil

BALIK PULAU – Disebabkan menegur perbuatan tidak beradab seorang remaja membuang air kecil di jalan keluar sebuah flat, seorang lelaki dipukul dengan sebatang kayu oleh remaja berkenaan semalam.

Dalam kejadian di Flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas itu, suspek yang berusia 19 tahun memukul menggunakan sebatang kayu sepanjang 45.7 sentimeter (cm) menyebabkan mangsa mengalami luka dan berdarah di bahagian kepala sebelah kiri.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas mangsa menegur suspek kerana membuang air kecil berhampiran kon yang diletakkan di kawasan jalan keluar flat.

“Mangsa yang melihat perkara itu telah meminta suspek menyiram semula kawasan yang terkena air kencingnya. Suspek kemudiannya beredar dari lokasi tersebut,” kata kenyataan itu.

Katanya, beberapa minit selepas itu suspek datang semula dan memukul mangsa dengan sebatang kayu.

“Suspek kemudiannya berjaya ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles