fbpx

Jenazah jurulatih penerbangan dikebumi dengan penuh istiadat ketenteraan

SEMENYIH: Jenazah Allahyarham Left Kol (B) Fajim Juffa Mustafa Kamal yang maut dalam nahas pesawat kecil di Ipoh semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma, di sini, petang tadi.

Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham serta anggota Tentera Udara Malaysia (TUDM) menghadiri upacara pengebumian yang dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan itu.

Terdahulu, jenazah yang dibawa menggunakan kenderaan jenazah khas TUDM tiba di kediaman kakak arwah, Datuk Fajura Juffa di Taman Tasik Kesuma dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Jenazah disembahyangkan di Surau Al-Khautar di sini.

Allahyarham, 52, meninggalkan balu, Hayati Nawi, 47, serta tiga anak perempuan berusia 17 hingga 25 tahun.

Mangsa yang merupakan jurulatih penerbangan maut dalam nahas pesawat ringan terhempas di kawasan rumah pam Sungai Rokam, Perak kira-kira jam 8 malam tadi, manakala rakannya, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, cedera.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles