fbpx

Generasi ketujuh Mahsuri bercuti di Langkawi, netizen pula yang teruja

LANGKAWI – Kehadiran Wan Aishah Wan Nawawi, 37, generasi ketujuh Mahsuri dan anak lelakinya yang juga generasi kelapan di pulau ini mencetus keterujaan orang ramai sehingga tular di media sosial.

Wan Aishah atau nama Thainya, Sirintra Yayee atau Nong May bersama suami, Alee Tongyon, 39, dan anak lelaki mereka dikatakan bercuti selama dua hari di pulau ini bermula Khamis lalu.

Video dan gambar percutian tiga beranak itu yang dimuat naik warganet, pengurusan beberapa lokasi pelancongan dan Wan Aishah sendiri.

Antaranya, video berdurasi 23 saat memaparkan keluarga itu mengunjungi sebuah restoran di Pantai Chenang dimuat naik pemilik restoran itu di aplikasi TikTok menggunakan akaun @miorjohan sebelum ia tular.

Wan Aishah yang lahir pada 1986 dan menetap di Phuket, Thailand dikatakan menamatkan sumpah tujuh keturunan Mahsuri ke atas Pulau Langkawi selepas pulau itu mendapat status pulau bebas cukai setahun kemudian.

Aishah turut memuat naik gambarnya menaiki kapal layar ketika bercuti di pulau ini, Sabtu lalu di Facebooknya.

Sementara itu, produk pelancongan popular, Underwater World Langkawi menerusi akaun Facebook rasminya turut memuat naik video berdurasi 17 saat yang memaparkan kehadiran Aishah, suami dan anaknya di pusat pelancongan itu.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles