fbpx

Gaza dibom: 24 maut termasuk kanak-kanak

GAZA – Angka kematian di Gaza melonjak kepada 24 mangsa hari ini, termasuk enam kanak-kanak, selepas Israel mempertingkatkan pengeboman ke atas pejuang Palestin.

Kenyataan pihak berkuasa kesihatan di wilayah kendalian Hamas melaporkan enam kanak-kanak antara yang terkorban sejak permulaan ‘pencerobohan Israel’ kelmarin, manakala 204 lagi cedera.

Seorang jurugambar AFP melihat enam mayat di sebuah hospital kawasan, termasuk tiga kanak-kanak bawah umur.

Tentera Israel memberi amaran, kempen udara dan artileri menentang Jihad Islam boleh berterusan selama seminggu, tetapi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi berkata, Kaherah ‘berterusan’ berunding dengan kedua-dua pihak bagi meredakan keganasan.

Pengeboman Israel ke atas Gaza menyebabkan kanak-kanak turut menjadi mangsa dengan setakat ini enam terkorban.

Israel berkata, pihaknya perlu melancarkan operasi memintas Jihad Islam, kerana kumpulan itu merancang serangan selepas beberapa hari ketegangan di sepanjang sempadan Gaza.

Orang awam berlindung di tempat perlindungan serangan udara di bahagian Israel, selain wartawan AFP mendengar siren amaran kebakaran di Tel Aviv, petang semalam.

Wanita dan kanak-kanak terperangkap di bawah runtuhan susulan serangan Israel di Rafah, dekat sempadan Gaza dengan Mesir, kata unit pertahanan awam semenanjung itu.

Penyelamat sedang menggali tapak dikatakan lokasi komander tertinggi Jihad Islam, Khaled Mansour, dilapor menjadi sasaran serangan Israel, semalam.

Tiada pengesahan khusus mengenai kematian Mansour, tetapi Ketua Direktorat Operasi Tentera Israel, Oded Basiok dalam kenyataan berkata, keseluruhan ‘kepimpinan kanan sayap tentera Jihad Islam di Gaza terkorban’. – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles