fbpx

Belia Melayu makin aktif seks

KUALA LUMPUR – Tinjauan Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Hubungan Intim Durex Malaysia mendedahkan bilangan belia di negara ini melakukan hubungan seks secara aktif meningkat hampir 20 peratus berbanding enam tahun lalu.

Kajian secara atas talian membabitkan 1,089 responden berusia antara 18 hingga 30 tahun itu turut membabitkan 51 peratus belia Melayu yang dijalankan pada April dan Mei lalu.

Didapati 35.4 peratus belia juga mengakui pernah melakukan hubungan seks, iaitu meningkat hampir 20 peratus, berbanding hanya 18.8 peratus pada 2016.

Sementara 62 peratus belia pula mengakui pertama kali melakukan hubungan seks pada usia 22 tahun ke bawah, berbanding 42 peratus pada 2016.

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser, Tiffany Tang, berkata hasil kajian juga mengesan salah faham yang meluas terhadap jangkitan seksual dan kehamilan.

Beliau berkata, ini terbukti apabila 31 peratus responden mengakui tidak mengetahui perempuan boleh mengandung pada kali pertama melakukan hubungan seks.

“Selain itu, peratusan sama juga masih percaya mitos wanita tidak boleh hamil sewaktu tempoh haid.

“Kajian ini juga mendedahkan tahap pemahaman masyarakat mengenai cegah hamil, jangkitan seksual serta stigma dan persepsi berkaitan seks,” katanya hari ini.

Tiffany berkata, pihaknya mengharapkan lebih banyak perbincangan secara terbuka berkaitan seksualiti dalam mewujudkan ruang selamat kepada golongan muda.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles