fbpx

UPSI perkenal program khas diploma untuk atlet cemerlang

KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil 100 pelajar cemerlang sukan menerusi laluan khas program diploma “Atlet Cemerlang” bagi sesi pengajian 2022/2023.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata struktur kemasukan khas tersebut diperkenalkan kepada atlet cemerlang dengan syarat minimum dan jadual pembelajaran yang fleksibel bagi memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kecemerlangan sukan dan akademik.

“UPSI menjadi universiti awam yang pertama menyediakan Program Laluan Khas Atlet secara menyeluruh meliputi bidang sukan dan akademik yang berstruktur sebagai menyahut seruan kerajaan untuk memajukan mutu sukan negara.

“Jadual atlet ini disusun khas bagi membolehkan sesi latihan dilaksanakan di waktu pagi dan petang, disokong dengan amalan sains sukan terkini dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.

“Satu unit khas pembelajaran juga ditubuhkan bagi memberikan sokongan akademik yang sistematik kepada atlet terpilih ini,” katanya hari ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Madya Dr Norkhalid Salimin, berkata kesemua pelajar berkenaan sudah mendaftar di Kolej Ungku Omar, Kampus Sultan Azlan Shah semalam.

“Pelaksanaan program laluan khas atlet ini melalui pemilihan calon yang dikenal pasti melalui proses mencungkil bakat oleh Jawatankuasa Kemasukan Atlet dengan kerjasama Sekolah Sukan Malaysia, Majlis Sukan Negeri, serta persatuan-persatuan dan kelab sukan seluruh negara.

“Pelajar yang terpilih adalah atlet berprestasi tinggi dan pelbagai kaedah pembelajaran yang bervariasi selain berkuliah secara teradun gantian (PTG) serta pelaksanaan aktiviti Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM).

“Konsep pembelajaran mereka, dilaksanakan seperti pelaksanaan di sekolah-sekolah sukan seluruh Malaysia, seorang penyelaras akan dilantik untuk memastikan perjalanan kuliah dan pelajar mendapat kebajikan sebaiknya,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles