fbpx

Pakai menjolok mata, penganjur Minggu Fesyen Kedah akan diambil tindakan

ALOR SETAR – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata hasil semakan, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fesyen Week yang menampilkan model dengan pakaian menjolok mata.

“Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau, malam tadi.

Semalam, tular di media sosial gambar model wanita yang berpakaian menjolok mata pada KFW22 di sebuah pusat beli-belah di sini yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos.

Gambar yang tular kemudian mendapat kritikan daripada orang ramai termasuk netizen yang mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PAS.

Menurut Dr Mohd Hayati, Kedah Fashion Week berkenaan di luar bidang kuasa pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) manakala urusan kebenaran dan lesen dikeluarkan oleh pejabat daerah.

Katanya, MBAS hanya menjalankan tugas pemantauan untuk memastikan syarat serta peraturan yang ditetapkan dipatuhi pihak penganjur.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles