Gadis putus cinta nekad rempuh pagar rumah bekas teman lelaki

JOHOR BAHRU – Seorang gadis yang baru putus cinta sanggup merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Perling Ahad lalu.

Dalam kejadian 5 pagi itu, suspek putus cinta bulan lalu ditahan polis pada jam 6.30 pagi di Plaza Tol Lima Kedai pada hari yang sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata suspek berusia 20 tahun, sebelum itu telah menghantar satu mesej ugutan kepada kakak bekas teman lelakinya iaitu mahu membakar kedai perniagaan motosikal milik keluarga mereka.

“Suspek turut mengirimkan satu video yang memaparkan seseorang sedang mencurah minyak petrol di hadapan kedai berkenaan.

“Akibat bimbang dengan ugutan terbabit menyebabkan pengadu membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Fariz Ammar, bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis ke kediaman pengadu sebelum mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Corolla Altis telah merempuh pintu pagar kediaman pengadu.

Katanya, anggota polis berkenaan terus mengekori kenderaan suspek sebelum menahannya di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah.

“Saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek berada di bawah pengaruh dadah terlarang jenis ‘benzo’, manakala semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau.

“Perbuatan suspek merempuh pagar kediaman rumah pengadu telah dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).

“Akibat perbuatan itu pintu pagar tercabut dan menghempap belakang kenderaan milik bapa pengadu menyebabkan kerugian kira-kira RM15,000,” katanya.

Sehubungan itu katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles