fbpx

Ibu dua kanak-kanak maut dalam beg pakaian berada di Korea Selatan

SEOUL – Polis Seoul mengesahkan seorang wanita dipercayai ahli keluarga kepada dua kanak-kanak yang ditemui maut dalam beg pakaian di New Zealand baru-baru ini berada di Korea Selatan.

Seorang pegawai polis memberitahu Reuters semalam bahawa wanita warga New Zealand kelahiran Korea, tiba di Korea Selatan pada 2018.

Sejak masuk ke Korea Selatan, tidak rekod wanita itu berlepas dari negara berkenaan.

Bagaimanapun, lokasi dia berada atau mempunyai saudara-mara lain di Korea Selatan tidak diketahui setakat ini.

“Polis New Zealand meminta pengesahan sama ada orang yang mungkin ada kaitan dengan kes jenayah berada di Korea Selatan,” kata pegawai polis itu sambil mengatakan, berdasarkan alamat dan umur, wanita itu mungkin ibu kepada anak-anak itu.

Polis New Zealand melancarkan siasatan pembunuhan di Auckland bulan ini selepas mayat kanak-kanak itu ditemui oleh sebuah keluarga yang sedang meneliti kandungan loker simpanan yang mereka beli.

Kata polis New Zealand lagi, kanak-kanak itu berumur antara lima dan 10 tahun sudah mati agak lama, namun keluarga yang menemui mayat itu tidak mempunyai kaitan dengan kematian itu. – REUTERS

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles