fbpx

OKU nikmati tambang percuma rel, bas sebulan

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, orang kurang upaya (OKU) yang menaiki perkhidmatan rel dan bas utama negara kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditawarkan tambang percuma selama sebulan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, berkata tambang percuma itu ditawarkan khusus untuk pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemegang kad konsesi OKU MyRapid OKU) sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-65.

“Kita harap ramai kalangan OKU menggunakan keistimewaan ini bersiar-siar di ibu negara menaiki pengangkutan awam kerana semua perkhidmatan RapidKL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel, Bas Rapid Transit (BRT) atau bas henti-henti dan Rapid Mobiliti percuma selama 31 hari sehingga 30 September.

“Pemberian tambang percuma ini sebagai tanda terima kasih Kumpulan Prasarana kepada pengguna OKU sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-65, selain bukti keprihatinan Keluarga Malaysia yang serius menjaga kebajikan serta keselesaan pengguna OKU,” katanya di Stesen MRT Pasar Seni di sini, hari ini.

Ka Siong berkata, berdasarkan statistik Prasarana, purata penggunaan bulanan kalangan OKU menggunakan pengangkutan awam adalah 23,527 dan 26,762 orang masing-masing bagi perkhidmatan rel dan bas.

Beliau berkata, kempen ini diharap dapat membantu kelangsungan hidup golongan OKU bergerak ke tempat kerja atau baru hendak memulakan perniagaan selepas terjejas akibat COVID-19.

Katanya, tambang percuma ini dapat memberi manfaat kepada lebih 10,000 golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan awam setiap hari.

Tambahnya, bagi penggunaan perkhidmatan bas henti-henti RapidKL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, penumpang OKU hanya perlu menunjukkan kad perakuan OKU atau kad konsesi OKU MyRapid kepada kapten bas bagi membolehkan mereka menikmati perjalanan percuma.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles