fbpx

Nelayan hanyut di Lautan Atlantik selama 11 hari dalam peti sejuk berjaya diselamatkan

BRASILIA – Seorang nelayan yang bertahan selama 11 hari di dalam peti sejuk beku selepas bot dinaiki karam di Lautan Atlantik berjaya diselamatkan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Romualdo Macedo Rodrigues, 44, meninggalkan Oiapoque, dalam negeri Amapa di utara Brazil pada akhir Julai lalu dengan menaiki bot kayu sepanjang kira-kira 7 meter menuju ke Pulau Ilet la Mere.

Menurut media Brazil, Rodrigues merancang untuk memancing tetapi botnya dimasuki air ketika dalam perjalanan dan karam.

Rodrigues kemudiannya masuk ke dalam peti sejuk beku yang berada di atas botnya. Dia hanyut selama 11 hari tanpa makanan atau minuman selain turun berat badan kira-kira 5 kilogram (kg) .

“Apa yang paling merisaukan saya ialah kehausan. Peti ais ini bagi saya adalah keajaiban,” katanya.

Rakaman pada 11 Ogos lalu memaparkan Rodrigues diselamatkan, keletihan dan jatuh ke lantai sebuah kapal nelayan dari negara Suriname, sekitar 450 kilometer dari lokasi botnya karam.

Selain pakaiannya koyak dan mengalami dehidrasi, Rodrigues juga diserang strok haba. Dia merayu kepada penyelamat untuk minum lalu mereka memberinya air dan bubur. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles