fbpx

Pemakaian pelitup muka dalam bangunan tidak wajib

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup dijadikan sebagai pilihan berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemilik premis namun diberi pilihan untuk terus meminta orang ramai memakainya dalam premis mereka.

“Berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan tempat tertutup kini adalah suatu pilihan.

“Bagaimanapun pemilik premis boleh tentukan wajib pakai atau tidak. Sekarang kita serahkan kepada pemilik premis. Kalau pemilik premis putuskan kena pakai, maka kena ikut kehendak pemilik premis,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara petang ini. 

Beliau bagaimanapun berkata, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di fasiliti kesihatan dan beberapa tempat lain di negara ini.

Selain itu, katanya, pelitup muka wajib dipakai sekiranya positif COVID-19 atau bergejala, menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah.

“Pemakaian pelitup muka juga diwajibkan ketika berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis dan yang setara dengannya,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles