fbpx

Tukang urut ‘jelita’ tidak bersalah kes samun anggota polis

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini, melepas dan membebaskan seorang pemuda berperwatakan wanita daripada tuduhan menyamun seorang anggota polis, dua tahun lalu.

Nidsmar Jalal, 23, yang berpakaian wanita dan berambut panjang ketika itu dituduh menyamun anggota polis berkenaan di sebuah premis di tingkat tiga sebuah bangunan di Bandaran Berjaya, di sini, kira-kira jam 2.30 petang, 17 Jun 2020.

Hakim Ummu Kalthom Abd Samad melepas dan membebaskan Nidsmar tanpa memanggilnya membela diri setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap tertuduh ketika membacakan keputusannya pada prosiding hari ini.

Beliau berkata, setelah meneliti bukti yang dikemukakan melalui saksi yang dibawa ke mahkamah dan membaca hujahan bertulis serta hujahan balas kedua-dua pihak, pendakwaan didapati gagal mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Nidsmar yang bekerja sebagai tukang urut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, selain denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Adibah Saiful Bahri, manakala Nidsmar diwakili peguam, Datuk Seri Rakhbir Singh.

Dalam hujahannya, Rakhbir berkata, anggota polis terbabit yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak pasti sama ada laporan polis yang dibuatnya terhadap Nidsmar adalah salah.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles