fbpx

R Kelly bersalah atas tuduhan pornografi kanak-kanak

PENYANYI R&B, R Kelly didapati bersalah di mahkamah Chicago pada Rabu atas beberapa tuduhan berkaitan dengan pornografi kanak-kanak.

Kelly, atau nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly, didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak, pembikinan filem lucah membabitkan kanak-kanak serta tuduhan menyembunyikan kesalahan itu.

Pemenang Anugerah Grammy sebanyak tiga kali itu, bagaimanapun didapati tidak bersalah atas tujuh tuduhan lain.

Kelly, 55, adalah antara individu paling menonjol yang didapati bersalah atas tuduhan penderaan seksual semasa pergerakan #MeToo baru-baru ini.

Sepanjang perbicaraan lima minggu itu, beberapa wanita memberitahu panel juri mereka telah didera secara seksual oleh Kelly semasa mereka kanak-kanak.

Jun lalu, Kelly dihukum penjara 30 tahun susulan sabitan berkaitan kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan wanita di mahkamah New York.

Dia dituduh menggunakan status selebritinya untuk mengumpan wanita menjadi mangsa.

Penyanyi lagu ‘I Believe I Can Fly’ juga bakal menghadapi tuduhan di beberapa negeri lain termasuk Illinois dan Minnesota. – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles