Warga emas panjat siling lebih 1 meter elak ditangkap khalwat

KOTA BHARU – Malam sambutan Hari Malaysia menjadi detik hitam buat seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun apabila ditahan anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) yang melakukan Ops Banteras untuk mencegah maksiat malam tadi.

Lebih sadis, usaha lelaki berkenaan yang sanggup memanjat siling rumah setinggi lebih satu meter bagi mengelak ditangkap berjaya dihidu anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) JAHEAIK.

Dia ditahan jam 11.45 malam kerana bersekedudukan dengan seorang wanita berusia 40-an di sebuah rumah di bandar ini.

Ketika disoal siasat, warga emas itu memberikan alasan ke rumah wanita berkenaan untuk mengutip sewa rumah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, ketika serbuan seorang wanita membuka pintu sebelum anggotanya membuat pemeriksaan dan mendapati seorang lelaki warga emas memanjat siling rumah.

“Pasangan berkenaan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” dipetik daripada Berita Harian hari ini.

Dalam pada itu , dalam operasi di hotel bajet sekitar bandar ini pula, lima individu berusia 20-an, termasuk dua pasangan yang berada di dalam sebuah bilik ditahan kira-kira jam 5.10 pagi tadi.

“Dua pasangan yang juga penuntut sebuah kolej itu mendakwa mereka menginap di hotel terbabit untuk membuat tugasan berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah.

“Terdahulu, anggota penguat kuasa terpaksa menunggu lebih setengah jam sebelum pasangan itu membuka pintu,” katanya.

Beliau berkata, semua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Bil (1) 2019.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles