fbpx

Askar wataniah maut, kereta bertembung trak tentera

TANGKAK – Seorang askar wataniah wanita maut apabila kereta dipandunya masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah trak tentera di Kilometer (KM) 49.2 Jalan Muar ke Segamat, di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang, Nur Faiezah Aminah Shuib, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di leher, kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung trak tentera terbabit.

“Difahamkan, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Tangkak menuju ke Segamat, manakala trak tentera itu pula dari arah Segamat ke Tangkak.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung trak tentera berkenaan.

“Susulan perlanggaran itu, kereta dipandu mangsa terperosok ke bahagian bawah hadapan trak terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat kemalangan itu, Mohd Fadhil berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke Hospital Daerah Tangkak (HDT) untuk bedah siasat.

Anggota tentera lelaki berusia 27 tahun yang memandu trak berkenaan pula dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles