fbpx

Gunung berapi ‘muntah’ lumpur di Sabah buat ramai terpesona

KOTA KINABALU – Fenomena gunung berapi di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu yang ‘meletus’ dan memuntahkan banyak lumpur pagi semalam menarik perhatian ramai.

Video fenomena itu dikongsi netizen di Facebook masing-masing dengan pelbagai komen dilontarkan termasuk terpesona terhadap fenomena berkenaan.

Fenomena yang jarang berlaku itu dipercayai dimuat naik oleh individu yang kebetulan berada berhampiran lokasi gunung berapi lumpur terbabit.

Fenomena letusan gunung berapi lumpur itu adalah perkara biasa yang berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.

Kewujudan gunung berapi lumpur atau garuok dalam kalangan masyarakat Sabah, menyebabkan kawasan limpahan lumpur itu semakin luas.

Selain itu, antara kawasan yang dikesan wujud gunung berapi lumpur ialah di Kampung Tanjung Aru, Menumbok dan di Kampung Tenambak yang jaraknya kira-kira 40 kilometer dari Kampung Tanjung Aru, Kunak dan Tabin di Lahad Datu di kawasan pantai timur

Malah, Pulau Tiga yang kini menjadi tarikan pelancongan di Sabah dikatakan terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi lumpur pada 1897 berikutan gempa bumi di Mindanao, selatan Filipina.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles