fbpx

SUKE rekod kemalangan pertama, ‘king’ berhenti ambil gambar

KUALA LUMPUR – Rekod bersih Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) tanpa kemalangan tercalar semalam.

Ia hanya selepas tiga hari dilancarkan, kemalangan pertama itu membabitkan dua kenderaan iaitu motosikal dan kereta.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu membabitkan seorang penunggang motosikal yang mengalami kecederaan di kaki.

Katanya, pemandu lelaki kereta jenis Perodua Myvi itu dipercayai berhenti di lorong kecemasan untuk mengambil gambar di lebuh raya berkenaan.

“Pada masa sama, seorang penunggang motosikal jenis Suzuki datang dari arah belakang dan melanggar kereta berkenaan.

“Kemalangan menyebabkan penunggang itu cedera di kaki dan dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, ia adalah kes kemalangan pertama berlaku di Lebuhraya SUKE sejak beroperasi 16 September lalu.

Kes disiasat di bawah Kaedah 16 LN 166/59 iaitu halangan sehingga menyebabkan kemalangan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles