fbpx

Petronas temui telaga gas baharu di Sarawak

PETRONAS hari ini mengumumkan penemuan gas di telaga penerokaan Cengkih-1 dekat Blok SK 320, wilayah Luconia Tengah, kira-kira 220 kilometer dari perairan Bintulu, Sarawak.

Syarikat minyak dan gas nasional itu dalam kenyataan berkata, telaga penerokaan Cengkih-1 berjaya digerudi sehingga kedalaman 1,680 meter pada Ogos 2022, mencecah lebih daripada 110 meter turus gas di takungan karbonat puncak Miocene Cycle IV/V, meningkatkan lagi sumber gas di blok berkenaan.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Petronas, Mohamed Firouz Asnan, berkata penemuan terbaharu itu mengesahkan lagi takungan karbonat yang berpotensi besar di Luconia Tengah.

“Usaha penjanaan hasil daripada penemuan ini juga dapat dipercepat pada kos lebih rendah berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan kemudahan sedia ada, termasuk Pegaga yang telah memulakan pengeluaran pada Mac lalu,” katanya.

Petronas Carigali Sdn Bhd adalah pemegang 25 peratus kepentingan dalam kontrak perkongsian pengeluaran di Blok SK 320 yang dikendalikan oleh Mubadala Development Company Oil and Gas Ltd dengan 55 peratus kepentingan penyertaan manakala baki 20 peratus dipegang oleh Sarawak Shell Bhd.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles