fbpx

Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi meninggal dunia pada usia 96 tahun

KUALA LUMPUR – Ulama tersohor, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, meninggal dunia pada usia 96 tahun, menurut Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (IUMS).

“Dunia Islam kehilangan seorang ulama dan guru yang jujur, alim, dihormati lagi disegani,” kata IUMS, yang juga persatuan diasaskan oleh Qaradawi, menerusi Twitter.

Qaradawi dilahirkan di Mesir tetapi menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Qatar, di mana beliau menetap sehingga akhir hayatnya.

Beliau juga adalah pemimpin Ikhwanul Muslimin, pergerakan sosiopolitik Islam yang mencetuskan revolusi Mesir pada 2011.

Allahyarham meninggalkan legasi penulisan yang kini menjadi rujukan kepada umat Islam di serata dunia.

Beliau pernah mengarang hampir 100 buku dalam pelbagai bidang keilmuan Islam terutama dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam.

Memetik Bayan Linnas, buku-buku tulisan tokoh pemikir Islam itu sangat diminati oleh umat Islam di seluruh dunia.

Bahkan, buku-buku tersebut diulang cetak berpuluh-puluh kali dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Antara buku hasil tangan beliau ialah Fatawa Muasarah, Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Fiqh al-Zakat, Fiqh-al-Siyam serta banyak lagi.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles