fbpx

Ubat nyamuk punca dua beradik rentung, ibu bapa keluar bekerja

PATI – Dua kanak-kanak ditemukan rentung selepas terkunci dalam bilik di rumah mereka yang terbakar di Pati, Jawa Tengah pada Sabtu.

Tragedi menyayat hati itu berlaku ketika ibu bapa kanak-kanak masing-masing berusia tiga dan setahun tidak di rumah kerana bekerja.

Kebakaran tersebut disedari jiran tetangga selepas mereka ternampak kepulan asap keluar dari bilik di rumah berkenaan sebelum bergegas untuk membantu.

Mereka turut membantu memadamkan kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian.

Jurucakap polis, Pujiati memaklumkan, penduduk setempat hanya mengetahui dua beradik itu terperangkap dalam bilik tersebut selepas kebakaran dipadamkan.

“Punca kebakaran dikaitkan dengan ubat nyamuk yang dipasang dalam bilik tersebut.

“Ketika kejadian, ibu bapa dua beradik itu tiada di rumah kerana keluar bekerja,” katanya.

Ketika ditemukan, satu daripada mayat dua beradik itu berada berhampiran pintu bilik, dipercayai cuba membuka pintu, namun tidak berhasil akibat dikunci.

Sementara itu, jenazah dua beradik itu sudah dikebumikan oleh keluarga mereka.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles