fbpx

PRU15 tahun ini – MKT UMNO

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini membuat ketetapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini.

Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat yang bermula jam 8.30 malam dan berlangsung hampir dua jam dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan dihadiri semua ahli MKT.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata susulan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik COVID-19, selepas runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketaan dalaman politik sesama mereka.

“Justeru, semua jentera parti pada setiap peringkat diarah memuktamadkan segala persiapan dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran hinggalah tarikh PRU15,” katanya selepas selesai mesyuarat itu, di sini, hari ini.

Ahmad yang membacakan kenyataan media itu berkata, UMNO percaya hanya dengan mengembalikan hak rakyat, membolehkan mandat sebenar diperoleh dan sebuah kerajaan stabil dapat dibentuk.

Katanya, ia penting bagi memulihkan negara, terutama dalam aspek ekonomi yang berkait rapat dengan soal kesejahteraan hidup rakyat, di samping beberapa usaha pembaharuan institusi ke arah mewujudkan tadbir urus lebih baik untuk negara.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles