fbpx

Zul Ariffin mengaku salah muat naik hantaran sumbang

SEPANG – Pelakon popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 hari ini selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada Mac lalu.

Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Terdahulu, pelakon lelaki popular itu tiba di mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam dan memakai sut kelabu gelap serta pelitup muka, selain diiringi peguam dan rakan.

Pendakwaan terhadap pelakon itu dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pelbagai agensi media turut berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7.30 pagi tadi untuk membuat liputan kes pelakon berusia 36 tahun itu.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles