fbpx

Malaysia diramal hujan, ribut petir bermula hari ini hingga Jumaat

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kebanyakan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dilanda hujan dan ribut petir bermula hari ini sehingga Jumaat.

Hari ini, beberapa tempat di Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak akan dilanda ribut petir serta hujan pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang, beberapa tempat di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Putrajaya, Johor, Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah dijangka ribut petir dan hujan manakala beberapa tempat di Labuan mengalami perkara sama pada sebelah malam.

Kebanyakan negeri diramal hujan membabitkan beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Putrajaya, Sarawak serta Sabah.

Pada keesokan hari, cuaca pada sebelah pagi di beberapa negeri diramal hujan merangkumi beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor termasuk Sarawak dan Sabah.

Bagaimanapun, cuaca sebelah petang diramal akan dilanda ribut petir membabitikan beberapa kawasan Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Cuaca pada waktu malam, MetMalaysia meramalkan ribut petir akan berlarutan di beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Labuan. Kebanyakan negeri lain akan hujan tetapi hanya di beberapa tempat.

Pada Jumaat ini, sebelah pagi akan hujan di sebahagian besar negeri seluruh negara membabitkansatu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri, Sembilan dan Sabah.

Petang pula, ribut petir akan kembali melanda beberapa tempat di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles