fbpx

500 paus pandu mati di perairan New Zealand

WELLINGTON – Kira-kira 500 ikan paus pandu mati selepas terdampar di Kepulauan Chatham yang terpencil di New Zealand, kata kerajaan hari ini.

Pihak kerajaan turut menolak usaha menyelamat di perairan yang dipenuhi ikan jerung itu selain kedudukannya yang jauh dari tanah besar New Zealand sekali gus menyukarkan operasi menyelamat.

Menurut Jabatan Pemuliharaan, dua ‘super pod’ ikan yang terselamat dan terdampar di dua pulau itu sudah dimatikan.

Kerajaan Jumaat lalu berkata, sebanyak 250 ikan paus pandu ditemui di Pulau Chatham, manakala 240 lagi dilaporkan ditemui di Pulau Pitt tiga hari kemudian.

Penasihat teknikal marin kerajaan, Dave Lundquist, berkata ikan paus terpaksa dimatikan pasukan terlatih untuk mengelak penderitaan lanjut susulan ancaman serangan jerung.

“Keputusan ini tidak pernah dipandang ringan, tetapi dalam kes seperti ini ia adalah pilihan terbaik,” katanya.

Bangkai akan dibiarkan reput secara semula jadi dan kejadian paus terdampar secara besar-besaran adalah perkara biasa di Kepulauan Chatham.

Pada 2017, hampir 700 ekor paus pandu terdampar, manakala insiden terbesar direkodkan membabitkan kira-kira 1,000 paus pada 1918.

Paus pandu boleh membesar sehingga lebih enam meter dan sangat mudah bergaul, menjadikan mereka mungkin terdedah kepada bahaya apabila mengikut rakan podnya. – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles