fbpx

10 maut serangan di pusat bandar Mali

BAMAKO – Angkatan Tentera Mali (FAMas) menyalahkan puak pemberontak, Macina Katiba, dalam serangan di pusat bandar Mali yang mengakibatkan 10 orang awam terbunuh Khamis lalu.

Direktorat Penerangan dan Perhubungan Awam Angkatan Tentera (Dirpa) dalam kenyataan berkata, serangan sekitar jam 2 petang waktu tempatan itu menyasarkan bas awam di laluan RN15 berhampiran perkampungan Tile dekat wilayah Bandiagara.

Dalam kejadian itu, bas terbabit meninggalkan pusat bandar Bamako dan dalam perjalanan ke Koro sebelum terlanggar jerangkap samar yang dipasang pengganas.

FAMas yang menjalankan operasi menyelamat menemui 10 mayat termasuk seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Seramai 38 mangsa yang cedera dibawa ke bandar Sevare dan Bandiagara.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Misi Menstabilkan Integrasi Multidimensi di Mali, mengutuk serangan itu. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles