fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di 4 negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam awal 1 pagi esok.

METMalaysia dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan, keadaan itu diramal di Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Kawasan di Terengganu membabitkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang manakala di Pahang ialah Maran, Kuantan, Bera, Pekan serta Rompin.

“Di Johor, kawasan dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Segamat, Kluang dan Mersing manakala Sarawak di Kapit, Bukit Mabong, Belaga, Bintulu, Sebauh, Miri, Subis, Telang Usan, Marudi dan Limbang,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles