fbpx

Kes Cikgu Fadli: Menteri tidak boleh campur tangan

SHAH ALAM – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin tidak dapat masuk campur tindakan yang bakal dikenakan terhadap guru matematik, Mohd. Fadli Salleh.

Katanya, sebagai menteri, beliau mempunyai batas tertentu untuk mencampuri urusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan untuk membuat apa-apa keputusan terhadap mana-mana kes sekalipun.

Ini kerana, keputusan berhubung kes Mohd. Fadli akan dihantar kepadanya melalui ketua jabatan hari ini.

“Saya yakin dengan keputusan yang bakal diambil oleh lembaga itu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Media tempatan melaporkan bahawa Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan bersidang semalam bagi membuat keputusan terhadap kes Mohd. Fadli dan dijangka diketahui hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berharap situasi menang-menang dapat dicapai dalam kes terbabit.

Sementara itu, Mohd. Radzi yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak menepis dakwaan bahawa beliau tidak menutup ruang kepada guru untuk menyuarakan pandangan mereka bagi memperbaiki sistem pendidikan di negara ini.

“Saya mendengar pandangan daripada guru besar serta guru kanan di sekolah yang saya lawati sepanjang saya menjadi Menteri Pendidikan.

“Pandangan mereka sangat saya hargai kerana mereka yang melaksanakan sistem pendidikan di negara ini,” tegasnya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles