Pelakon Lee Ji Han korban tragedi Itaewon

AGENSI 935 Entertainment mengesahkan pelakon, Lee Ji Han, 24, antara korban tragedi Halloween di Itaewon, Seoul, Korea Selatan, Sabtu lalu.

Kematian pelakon drama web, Today Was Another Nam Hyun Day itu diumumkan dalam satu kenyataan, semalam.

“Ia benar bahawa Ji Han meninggal dunia dalam tragedi Halloween di Itaewon pada 29 Oktober lalu.

“Kami berharap perkara ini tidak benar dan sangat terkejut mendapat berita ini. Semoga mendiang berehat dengan tenang,” kata kenyataan itu.

Agensi berkenaan turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ji Han yang amat sedih dengan berita tragis tersebut.

“Mereka yang menyayangi Ji Han meratapi kematiannya. Kami masih ingat Ji Han sentiasa tersenyum lebar dan menyapa orang ramai dengan penuh semangat.

“Beliau seorang yang cerdas dan murni. Kami seperti tidak percaya tidak akan melihatnya lagi,” kata wakil agensi.

Mengikut laporan, Ji Han baru sahaja selesai penggambaran drama percintaan fantasi yang belum diumumkan tajuk terbitan MBC, bulan lalu.

Berita kematian aktor berkenaan mula tersebar apabila beberapa rakan dari program Produce 101 musim kedua, iaitu Park Hee Seok, Kim Do Hyun dan Cho Jin Hyung berkongsi kesedihan dalam Instagram.

Upacara penghormatan Ji Han dilaporkan akan diadakan di Hospital Myeongji hari ini, manakala majlis pengebumian akan berlangsung esok.

Terdahulu, 151 terbunuh, manakala 156 lain cedera dalam rempuhan maut di Itaewon selepas sekumpulan besar anak muda yang menyambut pesta Halloween terperangkap dan tersepit di lorong sempit. – AGENSI

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles