fbpx

Gambar ‘matahari tersenyum’ dirakam NASA tarik perhatian netizen

WASHINGTON – Satelit Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) merakam gambar seolah-olah ‘matahari tersenyum’.

Imej yang dirakam Rabu lalu itu menunjukkan keadaan lubang koronal pada matahari berbentuk seperti wajah yang tersenyum lengkap dengan mata dan mulut.

“Hari ini, Balai Cerap Dinamik Solar NASA merakam matahari ‘tersenyum’.

“Dilihat dalam cahaya ultraungu, tompok-tompok gelap pada matahari ini dikenali sebagai lubang koronal dan ia adalah kawasan angin solar kencang memancar ke angkasa lepas,” jelas NASA di laman Twitter.

Balai cerap yang dilancarkan pada Februari 2010 itu menjalankan misi menyiasat bagaimana aktiviti solar dicipta dan caranya memacu cuaca di angkasa dengan kapal angkasanya berfungsi mengukur kedalaman matahari, atmosfera, medan magnet dan jumlah pengeluaran tenaga.

Menurut portal berita, The Guardian, gambar tersebut menerima pelbagai reaksi dalam talian apabila ramai membandingkan imej itu dengan ukiran labu Halloween, singa dan matahari yang dipaparkan dalam rancangan kanak-kanak Teletubbies.

Walaupun kelihatan mesra, pakar memberi amaran bahawa lubang korona matahari itu mungkin membawa makna ribut solar bakal melanda bumi minggu ini.

“Matahari yang ceria memuntahkan aliran tiga kali ganda angin solar ke arah bumi,” jelas laman Spaceweather.com.

Ribut solar adalah pelbagai letusan jisim dan tenaga dari permukaan suria yang seterusnya mengubah bentuk medan magnet bumi.

Akibatnya, ribut ini meningkatkan keterlihatan cahaya kutub, juga dikenali sebagai aurora, di hemisfera utara dan selatan. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles