KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya kemalangan di Lebuhraya Sungai Besi, susur masuk ke Taman Desa di sini pagi tadi.
Wanita berusia 26 tahun disahkan meningggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.04 pagi.
Komander Operasi, Penolong Bomba Kanan (PBK) II KUP Shahrul Rizal Ramli berkata, pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dengan kekuatan seramai lapan anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil nombor pendaftaran WNK 2045.
“Seorang wanita berusia 26 tahun terkorban dalam kemalangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.