fbpx

Pogba tidak akan beraksi di Piala Dunia

PAUL Pogba bakal terlepas beraksi di Piala Dunia bersama Perancis berikutan memerlukan masa lebih lama untuk pulih daripada kecederaan lutut.

Menurut ejennya, keputusan itu berdasarkan penilaian perubatan semalam dan hari ini di Torino dan Pittsburgh yang Pogba memerlukan masa untuk sembuh daripada pembedahannya.

“Atas sebab itu, Pogba tidak akan dapat menyertai skuad Juventus sebelum rehat Piala Dunia atau pasukan Perancis di Qatar,” kata Rafaela Pimenta.

Pengendali Juve, Massimiliano Allegri pada Jumaat lalu mengatakan pemain tengah berusia 29 tahun itu mungkin tidak akan beraksi untuk pasukannya dalam saingan Serie A sebelum rehat Piala Dunia.

Media Itali sebelum ini melaporkan yang Pogba mungkin terpaksa berehat sehingga 15 hari akibat kecederaan paha.

Dia tidak bermain untuk kelabnya sejak kembali dari Manchester United pada musim panas lalu, susulan kecederaan di lutut kanannya Julai lalu.

Pogba antara tonggak kejayaan Perancis ketika memenangi Piala Dunia di Russia empat tahun lalu. Dia menjaringkan gol dalam kemenangan 4-2 ke atas Croatia pada aksi final. – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles