fbpx

Lelaki bakar bendera parti politik ditahan

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki di Taman Universiti, Skudai di sini, tengah malam tadi, selepas disyaki membakar bendera sebuah parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah, berkata lelaki yang juga pemandu e-hailing berusia 32 tahun itu ditahan sejurus perbuatan itu dilakukan.

Katanya, polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 12.10 tengah malam tadi mengenai kejadian seorang lelaki membakar bendera parti politik di taman berkenaan.

“Tindakan pantas polis berjaya menahan lelaki warga tempatan sejurus perbuatan itu dilakukan. Siasatan awal mendapati, lelaki itu menggunakan pemetik api untuk membakar kain bendera parti politik yang dipacak di tepi jalan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Fariz Ammar berkata, motif suspek melakukan perbuatan itu adalah bersifat peribadi dan tidak membabitkan mana-mana pihak lain.

Katanya, suspek yang sudah berkahwin itu kini direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Kita juga sudah merakam keterangan saksi di lokasi kejadian untuk membantu siasatan,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles