fbpx

Penduduk gempar, puting beliung di Yan

YAN – Kejadian pusaran angin seperti puting beliung menggemparkan penduduk di daerah Yan pada petang tadi.

Kejadian yang tular di media sosial itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kerosakan harta benda.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli berkata, sepasukan anggota digerakkan ke empat lokasi dipercayai tempat berlaku pusaran angin untuk membuat pemantauan.

“Kita mendapati tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku di Kampung Teroi, Jalan Titi Batu 18, Kampung Sedaka dan Kampung Dulang di sini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pusaran angin itu berlaku ketika hujan lebat yang disertai angin kencang di daerah ini.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles