fbpx

Pemandu treler maut dalam nahas 7 kenderaan

TANJUNG MALIM – Seorang pemandu treler maut dalam nahas tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 381.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan tengah malam tadi.

Mangsa, Mohd Khairuddin Md Taharim, 44, beralamat di Bukit Beruntung, Selangor dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata pihak polis menerima laporan kejadian kira-kira jam 12.11 tengah malam tadi.

Katanya, kemalangan tersebut membabitkan dua treler, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), sebuah kereta, dua lori dan ambulans.

“Tiba di tempat kejadian, treler yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah lagi treler menyebabkan treler yang dipandu mangsa terbabas di bahu jalan.

“Kemudian datang SUV Nissan X-trail dari arah sama berhenti mengejut tetapi dilanggar oleh kereta dari belakang.

“Sebuah lagi lori yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak kon sebelum melanggar tiga lagi kenderaan dan akhir sekali kenderaan yang dipandu mangsa,” katanya.

Mohd Hasni berkata akibat kejadian itu sebuah lori melintang di tengah jalan manakala kenderaan yang dipandu mangsa pula melintang sehingga menutup lorong kiri dan bahu jalan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles