fbpx

46 maut, 700 cedera gempa bumi di Jawa Barat

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 46 orang maut manakala 700 lagi cedera akibat gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Cianjur, wilayah Jawa Barat.

Ketua Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia Suharyanto berkata kawasan yang terjejas teruk termasuk perkampungan Limbangan Sari.

“Ramai mangsa cedera akibat ditimpa bangunan yang runtuh,” katanya ketika sesi taklimat yang disiarkan stesen televisyen tempatan.

BNPB akan menghantar sebuah helikopter bagi memudahkan pengurusan bencana, pemindahan dan pengagihan logistik, katanya.

Banyak infrastruktur termasuk sekolah, hospital, pejabat kerajaan turut terjejas.

Jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam satu kenyataan berkata, pegawai masih mengumpulkan maklumat dan setakat ini 343 rumah dilaporkan rosak.

“Banyak infrastruktur termasuk sekolah, hospital, pejabat kerajaan turut terjejas,” katanya.

Penduduk di kawasan Jakarta dan Bekasi dilaporkan merasai gegaran pada jam 1.21 petang waktu tempatan.

Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud di darat di kesan di Cianjur di Jawa Barat, pada kedalaman 10 km (6.21 batu).

Ramai mangsa cedera akibat ditimpa bangunan yang runtuh.

Gegaran berlanjutan hampir 15 saat di Cianjur dan kurang tujuh saat di Bandung, Bogor, Sukabumi.

Abdul Muhari berkata, 32 mukim di Cianjur dilaporkan berpotensi mengalami gempa bumi sederhana hingga tinggi berdasarkan sistem amaran awal pelbagai bahaya, inaRISK. – Bernama

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles