fbpx

Amaran hujan di Utara esok dan lusa

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan tahap waspada di utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang selama dua hari.

Menurut MetMalaysia, amaran tahap waspada yang dikeluarkan pada 5 petang dijangka melanda seluruh tiga negeri berkenaan mulai esok hingga Rabu.

Amaran hujan berterusan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku, melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai ramalan dan perubahan cuaca melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia atau talian Hotline di talian 1-300-22-1638.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles