fbpx

Tujuh lembu mati bergelimpangan dipanah petir

LIPIS – Tujuh ekor lembu ditemukan mati bergelimpanan dipanah petir di Kampung Serunai, Mela dekat sini petang semalam.

Kejadian pukul 7 petang itu menyebabkan seorang warga emas, Ab Lah Mat Isa rugi  RM20,000.

Ketika kejadian hujan lebat diikuti petir di kampung tersebut.

“Ketika mahu mengambil wuduk untuk solat Maghrib, saya tidak sedap hati kerana rasa bimbang keselamatan lembu. 

“Sebaik solat Subuh pagi tadi, seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan kandang lembu saya memberitahu lembu-lembu saya mati,” katanya.

Menurut Ab Lah, dia bergegas ke kandang dan terkejut apabila menemukan bangkai lembu bergelimpangan. 

Pesara guru agama itu berkata, kemungkinan tujuh ekor lembu yang mati ketika berlindung di bawah pokok akibat hujan lebat. 

“Kejadian malang ini adalah pertama kali berlaku sejak saya mengusahakan ternakan lembu 20 tahun lalu,” katanya.

Kata Ab Lah, kebiasaannya setiap petang dia akan pergi ke kandang untuk melihat dan mengawal ternakannya supaya tidak berkeliaran jauh dari kawasan lain, tetapi pada petang semalam dia tidak ke situ kerana hujan lebat.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles