Wan Rosdy Menteri Besar Pahang yang baharu

KUANTAN – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sah dilantik sebagai Menteri Besar Pahang.

Pelantikan itu diperkenankan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang akan diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada jam 11 pagi, esok.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman, berkata Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berkenan menerima menghadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat pimpinan parti-parti politik yang terbabit susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

“Pemangku Raja Pahang selanjutnya telah memperkenankan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Pemangku Raja Pahang telah berkenan untuk melantik Datuk Seri Wan Rosdy sebagai Menteri Besar Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi daripada 41 kerusi DUN Pahang dan PH memperoleh lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 17 kerusi.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles