Empat bookie judi Piala Dunia ditahan polis

KUALA LUMPUR: Ejen bookie pertaruhan judi turut mengambil kesempatan kemeriahan Piala Dunia Qatar 2022 sebagai ‘lubuk’ duit.

Kelmarin, polis menahan empat lelaki tempatan disyaki ejen bookie pertaruhan judi bola sepak dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Bukit Maluri Kepong, di sini.

Semua suspek berusia 40 hingga 47 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 10.15 malam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata dalam serbuan hasil maklumat awam itu, polis merampas tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, satu unit modem, satu unit tablet, dua unit komputer riba dan sebatang kunci rumah.

“Siasatan mendapati kegiatan perjudian itu berselindung di sebalik sebuah rumah dan dipercayai telah beroperasi sejak sebulan lalu.

“Berdasarkan siasatan susulan mendapati hanya salah seorang dari suspek yang ditangkap mempunyai satu rekod jenayah lampau” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Selasa untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menguruskan aktiviti perjudian atas talian, Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjadi ejen perjudian bola sepak dan Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 kerana bermain judi dalam talian,” katanya.

Beliau berkata, Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak terlibat di dalam mana-mana aktiviti perjudian.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482222,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles