Kumpulan bersenjata serang masjid, bunuh iman dan belasan jemaah

MAIDUGURI – Penduduk di negeri Katsina, di Nigeria gempar selepas sekumpulan lelaki bersenjata membunuh belasan jemaah, termasuk seorang imam di sebuah masjid kelmarin.

Kumpulan berkenaan turut bertindak menculik beberapa jemaah lain.

Seorang penduduk, Lawal Haruna, berkata penyerang terbabit tiba di Masjid Maigamji dengan menunggang motosikal sebelum melepaskan tembakan secara rambang, menyebabkan jemaah bertempiaran diri menyelamatkan diri.

Beliau berkata, kira-kira 12 jemaah yang sedang menunaikan solat termasuk ketua imam, maut selepas terperangkap dalam serangan itu.

Seorang lagi penduduk Funtua, Abdullahi Mohammed, berkata penyerang berkenaan kemudian mengumpulkan ramai orang dan membawa mereka ke dalam kawasan semak.

“Saya berdoa agar penyamun membebaskan orang tidak bersalah yang mereka culik itu,” katanya.

Jurucakap Polis Katsina, Gambo Isah ketika mengesahkan insiden itu memaklumkan, pengawal yang disokong kerajaan dengan bantuan sejumlah penduduk kemudian berjaya menyelamatkan beberapa jemaah terbabit.

Kumpulan bersenjata yang lazim dikenali sebagai penyamun, dari semasa ke semasa dilaporkan menyerang masyarakat dan membunuh atau menculik mereka untuk mendapatkan wang tebusan.

Malah, kumpulan terbabit juga memaksa penduduk kampung untuk membayar wang perlindungan sebelum dibenarkan bertani dan menuai hasil tanaman mereka. – REUTERS

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles