fbpx

Bakal pengantin teruk melecur, tong gas meletup

TASEK GELUGOR – Seorang bakal pengantin melecur hampir keseluruhan badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) tiba-tiba meletup ketika mahu memasak di kediamannya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, turut memusnahkan rumah dua tingkat terbabit selain sebuah kereta dan motosikal di bahagian depan rumah turut rosak.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi berhubung insiden itu.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan ketika kami sampai mangsa berusia 26 tahun sudah dibawa keluar oleh jiran.

Keadaan rumah mangsa yang musnah teruk selepas tong gas meletup.

“Mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Mohamad Hazam berkata, siasatan lanjut mendapati, rumah tersebut didiami tiga individu terdiri daripada mangsa, adik lelaki serta isterinya.

Difahamkan, mangsa bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan.

Seterusnya, beliau berkata, anggota bomba melakukan kerja-kerja pemantauan dan kawalan supaya tiada letupan susulan berlaku.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles