fbpx

Tanah runtuh: Peta laluan alternatif dikeluarkan

SHAH ALAM – Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif susulan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi kiriman di Facebook menyarankan laluan alternatif membabitkan Jalan Batang Kali-Jalan Ulu Yam Batu Caves-Gombak-Lebuh Raya Karak-Genting Highland.

Peta laluan alternatif itu turut dimuat naik di akaun Facebook rasminya.

B66 Jalan Batang Kali-Genting ditutup kepada semua kenderaan.

Laluan Batang Kali-Genting KM15 telah ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di berkenaan.

Kenderaan awam yang melalui jalan tersebut telah diarah berpatah balik.

Selain itu, beberapa kenderaan ambulans dan pihak berkuasa lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kerja Raya dilihat memasuki tempat kejadian.

Pengamal media juga dibenarkan memasuki lokasi kejadian dan hanya berkumpul di laluan itu.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles