fbpx

Tanah Runtuh: Mayat budak perempuan berpakaian merah jambu ditemui di kedalaman 17m

BATANG KALI – Mayat seorang budak perempuan ditemui berpakaian lengkap baju tidur berwarna merah jambu menjadi mayat ke-25 ditemui di lokasi pencarian insiden tanah runtuh tapak perkhemahan di sini malam tadi.

Mangsa ditemui tertimbus pada kedalaman lebih 17 meter di Sektor C (Riverside).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata mayat kanak-kanak anggaran umur antara 6 hingga 10 tahun itu berada berdekatan batu yang dianggarkan lebih besar daripada jengkaut.

“Ketika ditemui, kanak-kanak perempuan itu ditemui dengan berpakaian lengkap baju tidur berwarna merah jambu.

Mayat kanak-kanak perempuan ditemui lengkap berpakaian berwarna merah jambu. – Foto JBPM

“Berdekatan mangsa juga terdapat empat beg yang mengandungi pakaian dan komputer riba namun tiada pengenalan diri bersama mayat.

“Mayat sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat lalu di tapak perkhemahan itu, setakat ini menyaksikan 61 selamat, 25 nyawa terkorban dan lapan lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terbabit.

Mengikut data dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), seramai 29 daripada keseluruhan mangsa yang terbabit dalam insiden tanah runtuh itu adalah kanak-kanak.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles