fbpx

COVID-19: Kelantan terendah ambil dos penggalak kedua

KOTA BHARU – Kelantan merekodkan pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 paling rendah di negara ini iaitu hanya 0.2 peratus atau 2,977 individu.

Bahkan, penduduk di Serambi Makkah itu menerima suntikan dos penggalak pertama hanya 17.6 peratus atau 339,414 individu setakat ini.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berharap lebih ramai penduduk di negeri ini, terutama yang ada masalah kesihatan tampil mengambil suntikan berkenaan.

“Kita akan sentiasa menekankan kepentingan mengambil vaksin ini kepada masyarakat, selain mengadakan program berhubung pentingnya dos penggalak kedua, terutama bagi golongan yang mempunyai masalah kesihatan,” katanya hari ini.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, berkata 56.7 peratus penduduk daripada 4 juta penduduk di negeri itu sudah mengambil dos penggalak pertama.

“Pengambilan dos penggalak kedua lebih rendah, iaitu hanya 1.8 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan varian terbaharu COVID-19 yang dikesan ketika ini, beliau menyarankan penduduk negeri itu, terutama yang berisiko tinggi supaya melengkapkan vaksinasi untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan serius dan kematian.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles