fbpx

Jurulatih tampil mohon maaf, kesal tindakan tampar pemain

MELAKA – Jurulatih pasukan bola tampar Melaka B-14 (Wanita) yang bertindak menampar pemainnya baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini.

Saiful Hadee Amar, 44, yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Alor Gajah mengakui kesal dengan tindakan yang diambil.

Dia juga terbuka untuk menerima apa jua bentuk tindakan daripada mana-mana pihak berhubung perbuatannya.

“Saya sesungguhnya kesal dengan apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada semua pemain terutama kedua-dua pemain yang terbabit serta ibu bapa mereka.

“Pemain-pemain adalah keluarga dan kekuatan saya, tanpa mereka saya tidak boleh menjadi jurulatih,” katanya.

Saiful berkata, ketika insiden itu dirinya langsung tidak berniat untuk menggunakan sebarang kekerasan dalam melatih semua pemainnya.

“Latihan yang saya (kendalikan) ada pelbagai jenis antaranya pendekatan psikologi, intensif dan fizikal dalam membentuk pemain.

“Saya tidak berniat untuk mengambil tindakan sehingga mendatangkan kecederaan. Tindakan saya adalah untuk menaikkan lagi semangat dan memotivasikan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perjumpaan khas bersama keluarga dua remaja yang terlibat yang turut disertai Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail; dan Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles