Remaja Orang Asli maut dipijak gajah dalam kebun durian

LIPIS – Seorang remaja Orang Asli maut dipijak gajah liar dalam kebun durian di Kampung Tual Pos Sinderut di sini pada hari ini.

Mangsa, Andy Yok Manin, 15, yang berada di kebun itu bersama keluarga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 4.30 petang.

“Berdasarkan maklumat, serangan gajah itu dipercayai bermula dari Kampung Regang. Penduduk menghalau haiwan itu sebelum ia lari ke kawasan kebun durian Kampung Tual.

“Haiwan itu dikatakan masuk ke kawasan kebun durian tempat mangsa berada sebelum berlaku serangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata, selepas kejadian, keluarga membawa mayat mangsa dibawa pulang ke rumah yang terletak kira-kira 30 kilometer dari tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles