fbpx

Empat pengarah syarikat ditahan rasuah projek kerajaan RM114 juta

KUALA LUMPUR – Empat pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki terbabit dalam rasuah untuk mendapatkan projek khas kerajaan bernilai RM114 juta.

Kesemua mereka berusia antara 38 hingga 65 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya ketika hadir untuk memberikan keterangan hari ini.

Menurut sumber, suspek terdiri daripada seorang pengarah urusan dan pengarah besar daripada dua syarikat berbeza manakala dua lagi individu yang ditahan adalah pengarah syarikat daripada syarikat sama.

Katanya lagi, seorang suspek berusia 65 tahun iaitu pengarah urusan dikatakan berperanan sebagai orang tengah dengan meminta dan menerima rasuah daripada dua pengarah syarikat tersebut dengan dibantu oleh seorang lagi suspek iaitu pengurus besar.

“Orang tengah terbabit dipercayai telah meminta sebanyak tiga hingga lima peratus daripada nilai projek sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan projek di bawah program khas kerajaan itu.

“Projek itu merupakan projek membina dan menaik taraf jalan di selatan tanah air,” katanya hari ini.

Susulan daripada penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, untuk permohonan perintah reman hari ini.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin, membenarkan semua suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles