India bakal atasi China miliki penduduk paling ramai

MUMBAI – India bakal menjadi negara paling ramai penduduk di dunia apabila dilaporkan bakal mengatasi China tahun ini.

CNN melaporkan, ia bakal berlaku apabila China melaporkan jumlah penduduk menyusut pada 2022 buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.

Kemungkinan India akan melepasi angka populasi China sekitar April.

Ketika ini dianggarkan India mempunyai 1.39 bilion penduduk berbanding China, 1.41 bilion penduduk.

Menurut data Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pada 2021, penduduk bekerja di India kini berjumlah lebih 900 juta orang dan jumlah itu dijangka mencecah lebih 1 bilion penduduk untuk dekad akan datang.

Dalam masa sama, data menunjukkan semakin ramai penduduk India tidak mencari kerja berikutan kekurangan peluang dan gaji yang rendah.

Menurut data 2021 daripada Bank Dunia, kadar penyertaan tenaga buruh India, anggaran tenaga kerja aktif dan orang yang mencari pekerjaan, berada pada paras 46 peratus, antara yang terendah di Asia.

Sebagai perbandingan, paras untuk China dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing berada pada 68 peratus dan 61 peratus pada tahun sama.

Bagi wanita, angka itu lebih membimbangkan yang mana kadar penyertaan kerja wanita India hanya 19 peratus pada 2021, menurun kira-kira 26 peratus pada 2005.

Kekurangan pendidikan berkualiti tinggi adalah salah satu sebab terbesar di sebalik krisis pengangguran di India.

Menurut Institut Negara McKinsey Global pada tahun 2020 sekurang-kurangnya 90 juta peluang kerja bukan sektor peladangan menjelang 2030 perlu disediakan untuk menyerap pekerja baharu termasuk dalam sektor pembuatan dan pembinaan. – AGENSI

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles